Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".



Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.



Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".



Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".



Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.



Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."



Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.



Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.



Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.



Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."



Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Getaran jiwa
Menlanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu

Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan

Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu

Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa
Andainya ku pergi
Usah disesali
Kerana ku sangsi
Adakah cinta masih di sini

Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tega melukaiku

Sampai bila akan begini
Menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan airmata menemani
Langkahku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini

Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti

Mungkin bahagia atau derita
Takdir ku terima


Tuhan tunjukkanlah
Cahaya kebenaran
Kenangan bersamamu
Kan bersemadi
Untuk selamanya......
Bagaimana cara terbaik untuk menyatukan Api, Air dan Minyak?
Ikut hukum akal adalah mustahil untuk menyatukan ketiga-tiga unsur ini
Api boleh dinyalakan dengan adanya Minyak
Minyak boleh menyebabkan Api menyambar segala benda di sekelilingnya

Dengan sifat ini
Api dan Minyak bersatu untuk melenyapkan Air dari hidupku
Jika Air dan Minyak disatukan dalam satu bekas
Sudah pasti kelihatan perbezaan yang ketara antara Air dan Minyak

Minyak kelihatan bongkak dan takbur berdiri megah di atas Air
Minyak menganggap martabat Air terlalu rendah
Tidak berada setaraf dengannya
Sedangkan Air dengan rasa rendah diri menyembunyikan kesucian yang ada padanya

Minyak juga angkuh dengan sifatnya yang dapat membangkitkan kemarahan Api
Sehingga dapat membakar hati-hati insan lain apabila terkena padanya
Minyak sifatnya sangat licin
Sehingga manusia lupa bahawa Air dapat memberi manusia nikmat yang amat sangat
Air dapat memberi ketenangan, kedamaian dan keselesaan

Manusia boleh hidup tanpa Minyak dan Api
Kerana mereka hanya dapat menyuluh di tempat yang gelap
Tetapi manusia tidak boleh hidup tanpa Air
Kerana Air dapat melengkapkan keperluan hidup seharian

Aku tidak mengerti
Mengapa manusia mengangkat martabat Api dan Minyak sangat tinggi
Sedangkan Air mempunyai kesucian yang asli yang tidak boleh diduakan
Air tetap berasa rendah diri akan kelebihannya itu

Tahniah Minyak, kerana telah berjaya menyamarakkan kemarahan Api
Tahniah Api, kerana bahangmu telah melemahkan Air sedikit demi sedikit
Kini, aku dan Air sering kali berkocak
Akibat keegoan Api dan keangkuhan Minyak

Aku menjadi terlalu dahaga
Air sangat menghormati dan menyayangi Api dan Minyak
Walaupun Air tahu bahawa Api dan Minyak sangat membenci dirinya
Air ingin akur dengan kehendak Api dan Minyak dengan mengundur diri
Aku yakin kini Api dan Minyak bersorak dengan gembiranya
Kerana kemunduran Air dari sisiku
Tetapi aku melarang Air untuk berbuat demikian
Aku sentiasa memerlukan Air

Sekali lagi tahniah Api, tahniah Minyak
Kalian berjaya membakar hatiku sehingga rentung dan kering
Aku bersyukur padaMu ya Allah
Kerana Air masih lagi berada disisiku
Membasahkan hatiku yang kering dan mendinginkan hatiku yang terbakar
Membersihkan hatiku dengan sifat Air yang semula jadi

Air sering mengingatiku, Api dan Minyak mempunyai keistimewaan tersendiri
Air sering memuji-muji Api dan Minyak
Aku sangat berharap suatu hari nanti aku dan Air dapat disatukan
Aku juga berharap agar Allah akan membuktikan kepada Api dan Minyak
Bahawa Air itulah yang sering menyayangi dan merindui mereka setiap masa
Air itu jugalah yang dapat menjaga, melindungi dan menyayangi aku, Api dan Minyak dengan sepenuh hati
Aku juga berharap agar suatu hari nanti Api, Air dan juga Minyak akan bersatu menjadi sebuah keluarga yang aman, damai dan bahagian
Buat selama-lamanya, dunia dan akhirat……
INSYA-ALLAH…
DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI MAHA PANYAYANG

Wahai hamba Allah yang ku sayangi,
mengapakah dikau lebih menerima fitnah berbanding kebenaran?
mengapakah dikau tidak menyiasat dahulu man hak dan batil?
pantas benar dikau menghukum insan itu tanpa usul periksa,
hina sangatkah insan itu di mata dikau?
apakah dosa insan itu pada dikau?

Wahai hamba Allah yang ku hormati,
apakah diakau tidak tahu bahawa dosa memfitnah itu lebih berat daripada membunuh?
apakah dosa insan itu yang telah dilakukan terhadap dikau
sehingga dikau lebih rela memfitnah dan melibatkan diriku..

Wahai hamba Allah yang ku sayangi,
carilah kebenaran sebelum engkau menghukum..
Wahai hamba Allah yang ku hormati,
hentikanlah daripada terus memfitnah orang yang tidak berdosa terhadapmu..

Wahai hamba Allah yang ku sayangi dan hormati,
Allah masih lagi meminjamkan sebahagian sifat sabarNya padaku dan insan itu,
selagi itu kami akan terus bersabar..
Apabila aku dan insan itu bertindak untuk berdian diri,
maka janganlah kalian menokok tambah cerita yang bukan-bukan..
Andai kata Allah menarik semual sifat sabar itu daripada kami,
maka janganlah kalian terkejut akan perkara yang bakal berlaku..

Wahai hamba Allah yang ku kasihi,
benar katamu itu
manusia lebih menerima fitnah berbanding kebenaran..
Aku berharap dikau tidak terjebak sekali dalam golongan itu..
Sampai bilakah semua ini akan berterusan?
aku benar-benar tidak menyangka bahawa insan yang aku hormati selama ini
sanggup memfitnah orang yang tidak berdosa sehingga dikau berjaya membangkitkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan saudara ku sendiri..
Dan aku benar-benar tidak menyangka bahawa insana yang aku sayang selama ini
memerima bulat-bulat fitnah tanpa usul periksa dan terus menghukum insan itu..
Tersiksa sungguh batinku..

Wahai hamba Allah yang ku sayangi dan hormati,
tidakkah rasa bersyukur timbul di hati kalian apabila
hamba Allah yang ku kasihi sudah boleh menerima insan itu?
Untuk pengetahuan kalian, hamba Allah yang ku kasihi boleh terima insan itu
atas dasar berterus terang den menceritakan perkara sebenar..

Wahai hamba Allah yang ku sayangi dan hormati,
ingatlah sesungguhnya Allah melihat dan mendengar
setiap percakapan dan perbuatan kalian..
Lakukanlah peranan kalian agar kalian
menjadi insan yang lebih adil dan lebih matang
selari dengan usia kalian..

Wahai hamba Allah yang ku sayangi dan hormati,
jika benar kata kalian bahawa insan itu ingin menguasai keluarga ini
persoalanku, mengapa tidak dari dahulu lagi
dan apa yang ingin dikuasai?
jika benar kata kalian bahawa insan itu sekadar mempergunakanku
persoalanku, mengapakah insan itu sanggup bersusah payah
melindungi dan menjaga maruahku
tambahan pula insan itu ingin yang terbaik untuk diri
supaya kau dapat membahagiakan kalian?

Fikirkanlah..
Wahai hamba Allah yang ku sayangi dan hormati,
adakah kalian sedang berada di landasan yang betul..

WALLAHU ALAM..
pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempatku

membayangkan pahit manis berlalu
entah siapa yang tahu

mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan tugu mu kebal
tiada pertimbangan

keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam
ku putuskan BIARLAH RAHSIA......
Raya... Merupakan hari yang paling aku tunggu-tunggu.. 2 3 hari sebelum raya, aku tidak ke mana-mana.. Hanya tolong ibu menjahit disaat-saat akhir.. Mengikut perancangan ayah ibu, sepatutnya kitorang pulang ke kampung di Johor 2 3 sebelum raya.. Tetapi memandangkan baju raya adik belum siap lagi, kami pulang pada malam raya kira-kira jam 12.00 malam..

Perkara yang agak kelakar bagiku ialah apabila ayah berlagak seperti orang muda.. Maklumlah, baru beli motor baru.. Kawasaki ER6-n (SE).. Ayah bawa motor.. Aku, ibu dan adik naik kereta.. Kami tiba di kampung kira-kira jam 4 pagi.. Masa itu, kampung terputus bekalan elektrik..

Raya pertama,
kitorang semua berkumpul di kampung sebelah ibu.. Selepas solat raya, kami bermaaf-maafan.. Sungguh menyayat hati.. Aku agak terkilan pada waktu itu kerana abang yus belum sampai lagi.. Sebelum masing-masing pulang ke rumah mentua, semua merancang untuk untuk beraya di rumah jiran dahulu, yakni rumah atuk saudara aku..

Sebelum kami melangkah keluar rumah, abang yus sampai.. Walaupun agak kecewa, tapi aku tetap bersyukur kerana abang yus selamat sampai.. Apabila abang yus keluar sahaja daripada kereta, dengan tidak disangka-sangka konsep baju rayanya sama dengan aku sekeluarga.. Kebetulan berlaku.. Kecoh semua.. Masing-masing memadankan aku dengan abang yus.. Kemudian, abang yus ikut kami sekali pergi beraya..

Semasa beraya, aku disindir oleh ayah ibu.. Kata ibu, aku yang merancang supaya abang memakai baju raya warna yang sama.. Baba (bapa saudara kesayangan aku) menyuruh aku sabar.. Baba lebih tahu cerita sebanar berbanding dengan ayah ibu..

Selepas beraya rumah kedua, abang yus dan abag gg (sepupu aku dan kawan karib abang yus).. Mengambil keputusan untuk tidak join kitorang skali beraya lagi sebab abang yus dapat rasakan bahawa aku berulang kali disindir oleh ayah ibu mengenai baju raya abang yus.. Peliknya, aku tidak beritahu abang yus pun bahawa aku disindir..

Sesudah itu, abang yus dan abang gg keluar bandar.. Abang yus kata kepada abang gg bahawa dia ingin memebeli baju raya warna putih bercorak biru.. Supaya ayah ibu tidak syak kami yang bukan-bukan lagi..

Kemudian, aku pulang ke kampung disebelah ayah.. Selepas bermaafan, nenek menasihati aku hilang tempoh hari.. Tanggapan ayah ibu, aku hilang adalah kerana aku ingin memberontak.. Padahal bukan itu yang cuba aku tonjolkan.. Tetapi aku tidak tahu mengapa setiap kali aku cuba untuk terangkan pada ayah ibu akan perkara sebenar, fahaman yang mereka terima jauh terpesong daripada perkara yang cuba aku sampaikan..

Raya kedua,
ibu menyuruh aku memakai baju raya yang telah disediakan.. Apabila aku membuka bungkusan yang diberikn oleh ibu, alangkah terkejutnya aku kerana warna baju tersebut adalah sama dengan warna baju yang abang yus ingin beli bersama-sama dengan abang gg semalam.. Putih bunga biru.. Nasib baiklah abang yus tidak beli.. Kalau tidak, aku disindir lagi.. Dalam waktu yang sama, pada hari tersebut, abang yus memakai t-shirt putih.. Aku dan abang yus sudah tidak mampu berkata apa-apa.. Ayah, ibu dan adik mula memandang serong pada ku..

Kemudian, aku jadi budak nakal.. Aku tahu bahawa ayah ibu tidak suka akan kebetulan yang berlaku antara aku dan abang yus.. Lantas aku meminta tolong baba untuk mengambil gambar aku dengan abang yus.. Kecoh jugak masa itu.. Sehinggakan abang gg kata, "oh.. ini sudah cari penyakit namanya..". Sempat juga kami mengambil beberapa keping gambar..

Selepas tengah hari, ibu menyuruh aku tukar kepada baju biasa (t-shirt & jeans).. Aku tidak membantah.. Ayah menyatakan bahawa ingin membawa kami sekeluarga ke bandar.. Sebelum sempat kami brangkat keluar, abang yus menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampungnya sebentar lagi.. Dalam waktu yang sama, sempat juga kami bermaafan..

Raya ketiga,
kami beraya di kampung Tambak.. Ramai atuk saudara aku disana.. Rumah yang paling aku suka beraya ialah rumah Tok Uteh.. Sebab kuih rayanya banyak.. Tambahan pula, tok uteh peramah dan kelakar orangnya.. Kami gelak sahaja.. Setiap kali aku beraya di rumah orang tua.. Mesti mereka tanya, "ko sekolah lagi tak??.. Kalo sekolah dapat r ko duit raye.. Kalo x sekolah, ko r pulak yang kene bagi duit raye..." Selalunya orang di sekeliling aku yang jawab bahawasanya aku masih belajar lagi.. Kadang-kadang tu kelakar gak.. Dah tua bangjka pun dapat duit raya lagi..

Malam, ayah ibu balik KL naik motor.. Aku, adik dan kereta tinggal di kampung.. Merdeka gila rasa masa itu.. Selepas ayah ibu balik, aku bertekak dengan adik.. Puncanya, adik menolak kemahuanku untuk bermalam di kampung.. Adik ingin bermalam di rumah mama (kakak ibu @ mak saudara aku).. Saudara-mara aku yang lain semua membela aku.. Perasaan tidak puas hati timbul dalam perasaan adik.. Adik meraung macam orang kene histeria.. Akhirnya, adik ditenangkan oleh pak uda (abang ibu @ bapa saudara aku) dan mak (nenek aku).. Selepas adik tenang, semua berpesan padaku supaya bersabar.. Kata mereka, mereka lebih memahami..

Mereka tahu apa yang aku tanggung selama ini yang hanya aku dan orang yang mengikuti perkembangan aku sepanjang membesar sahaja tahu..
Apa pun kira alhamdulillah, esoknya adik sedar akan kesilapannya.. Dia memohon maaf padaku..

Raya keempat,
kira-kira jam 10 pagi, aku dan adik pergi ke rumah mama di Sempang 5.. Tiba di sana, adik terus bergurau senda dengan chacha (sepupu aku @ anak mama no. 4) dan ain (sepupu aku @ anak mama no. 5).. Aku pula tolong mama di dapur.. Satu jam selepas itu, aku ternampak khairul (org yg pnh fitnah aku bukan2 hingga melibatkan maruah aku) memerhatikan aku..

Kebetulan dalam waktu yang sama, abang amir (sepupu aku @ abang sulung abang gg) meminta aku untuk pulang ke kampung sebentar kerana keretanya terkunci sendiri.. Tanpa membuang masa tambahan dengan keadaan yang kurang selesa, aku terus pulang ke kampung semula.. Tiba di kampung, aku, Alif(anak sulung abang amir), abang ijam(adik abang amir & abang abang gg) dan baba berusaha buka kereta abang amir sampai boleh.. Akhirnya alhamdulillah dapat buka..

Petang kak ipah( sepupu kesayangan aku) mengajak aku beraya bersama-sama dengannya dan abang naz(pakwe dia).. Kata kak ipah, dia hanya ingin membawa aku sahaja dan.. Dia tidak mahu membawa adik ku bersama atas dasar-dasar tertentu.. Sebelum itu, abang yus menghubungi aku bahawa dia baru sahaja pulangb beraya di rumah kawannya di kampung Istana. Dia berhasrat untuk pulang ke kampung menziarah mak sekali lagi.. Perkara ini aku beritahu kepada kak ipah.. Lantas kak ipah menyuruh aku mengajak abang yus sekali untuk pergi beraya.. Tanpa membuang masa aku terus menghubungi abang yus.. Dia bersetuju memandangkan tiada apa lagi yang ingin dia lakukan pada hari itu..

Selepas itu, aku dan kak ipah terus bersiap.. Kemudian, baba hantar kami ke Mampan untuk bertemu dengan abang naz dahulu.. Selepas itu, kami berjanji dengan abang yus untuk bertemu di Benteng.. Tanpa buang masa kami terus bergerak ke rumah mak angkat abang naz dan kak ipah.. Dipertengahan jalan, ayah telah membuat panggilan video.. Aku jadi gabra.. Sebab adik tidak ikut beraya sekali.. Lantas, aku memutuskan untuk tidak menjawab telefon dan terus menghubungi baba.. Baba mencadangkan agar aku terus pulang ke kampung kerana khuatiri aku dimarahi oleh ayah lagi.. Setelah beberapa penilaian dibuat, akhirnya kami bersetuju untuk pulang dan hanya semata-mata untuk menghantar aku pulang..

Tiba di kampung, keadaan agak gamat, masing-masing risau akan keadaan aku.. Aku seperti biasa dengan perangai gonjol aku.. Buat lawak hingga keadaan mulai reda semula.. Di kampung, kami bersembangn seperti biasa.. Tiada apa-apa pun yang berubah.. Kira-kira jam 9 lebih, abang yus pulang semula ke JB.. Dalam waktu yang sama, aku ke rumah mama di Simpang 5..
Malam itu, aku tidur di hall kecil rumah mama.. Sementara adik, chacha dan ain masih lagi main bersama..

Raya kelima,
aku pulang semula ke kampung bersama-sama dengan adik.. Di kampung, baba kata pada ku..

"Malam tadi ko tido kat hall umah mama sampai pagi ea??.."

"Iye ba.. Cm ne ba tau farah tido kat hall mlm td??.."

"Ek eleh ko.. Wat2 sengal lak.. Kn ba smbang ngn ko mlm td.. Ko xprasan ea??.."

"Hah! Ad ke??.. Xsado bnde ba.. Ba ckp ape??.."

Baba hanya gelak sahaja lepas tu.. Manakala aku masih lagi terpinga-pinga..
Malam, ayah ibu sampai ke Simpang 5 dengan manaiki bas.. Semasa ayah ibu sampai, kami sedang mengadakan doa selamat di rumah mama.. Selapas itu, masing-masing bercadang untuk pulang ke JB.. Adik mewakili aku meminta izin ayah untuk ikut ibu nah(adik ibu) pulang ke JB.. Seperti yang aku jangka, kalau adik yang minta mesti dapat..
Sebelum pulang ke JB, kami singgah di rumah baba dahulu.. Aku tak pernh pergi lagi rumah baru baba.. Pada waktu itu, aku sudah tidur di dalam kereta.. Baba bangkitkan aku daripada tidur.. Rumah baba lawa.. Kira bersesuaian untuk rumah berkeluarga.. Setengah jam selepas itu, kami semua bergerak ke JB..

Tiba di JB, kepala aku berat sangat.. Selepas cuci kaki aku terus tidur.. Aku tidak tahu kenapa malam itu aku sakit kepala sangat..

Raya keenam,
aku tidak tahu macam mana orang lain boleh tahu bahawa aku sedang berada di JB pada waktu itu.. Ramai yang kata ingin berjumpa dengan ku.. Yang pasti semuanya adalah saudara mara aku.. Antaranya kak nurul(awek sepupu aku-along).. Kak nurul menyatakan hasratnya ingin bertemu denganku.. Dia menyuruh aku agar meminta izin pada ayah dahulu sebelum bertemu dengannya..

Kemudian, aku, ibu nah, ayah bob(laki ibu nah), chacha dan adik pergi makn di Kampung Melayu.. Seprti yang aku ketahui, Kampung Melayu memang tekenal dengan ABC dan nasi ayamnya.. Aku tidak melepaskan peluang untuk menikmati ABCnya di sana.. Selepas 5 minit kami disana, ayah ibu bersama-sama dengan abang gg dan abang amir sekeluarga turut tiba.. Setelah masing-masing kenyang menjamu selera, aku menyatakan hasratku untuk bertemu dengan kak nurul pada ayah.. Dengan pantasnya ayah terus menjawab dengan nada yang agak keras, "ko ade pae nak jumpe dye??.." Untuk menyejukkan keadaan semula, aku terus berkata kepada ayah, "xpe lah yah.. xbole xpe.." Selepas beberapa ketika, aku ada terdengar desas-desus menyatakan bahawa abang gg juga tidak membenarkan aku untuk bertemu dengan kak nurul.. Hal ini kerana abang gg khuatir bahawa aku akan bertemu dengan abang yus senyap-senyap.. Setelah mendengar cerita itu, aku beristighfar banyak-banyak.. Sebab tidak terlintas langsung di benak antara aku dan kak nurul untuk bertemu dengan abang yus secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ayah ibu.. Tambahan pula, abang yus pernah berkata padaku bahawa dia tidak akan bertemu denganku senyap-senyap tanpa pengetahuan orang tua.. Kerana dia khuatir pertemuan itu tidak diberkati dan takut-takut akan ditimpa musibah..

Selepas makan di Kampung Melayu, Aku sekeluarga dan abang amir sekeluarga bersama-sama ke Felda Sening,Kota Tinggi untuk ke rumah pak ngah(abang ibu).. Sepanjang perjalanan aku lebih banyak mendiamkan diri.. Aku hanya menjawab apabila ditanya sahaja.. Bukan niat aku untuk menjauhkan diri dengan keluarga, tetapi untuk mengelakkan daripada salah tafsir apa yang cuba aku sampaikan..

Tiba di rumah mak ngah, seperti biasa aku disambut bagaikn anak emas.. Aku dipeluk dan dicium dengan penuh kasih sayang oleh makngah dan juga kak fiza(anak sulung pak ngah & mak ngah.. Sungguh menyeronokkan.. Kerana dalam banyak-banyak saudara yang ada, hany aku seorang dilayan sebegitu.. Setelah masing-masing dalam keadaan santai, aku tanya pada kak fiza, "kak, xde kek coklat ke taun nie??.." Kak fiza terus senyum dan berkata pada mak ngah, "mak, btol x kakak ckp.. bdak nie mst tnye psl kek coklat.." Aku terpinga-pinga jadinya.. Kemudian kak fiza berkata padaku, "kalo nak kek coklat, malam nie tido kat sni bole??.."

"farah xde hal kak.. tp xkn akak xphm lg ayh ibu cm ne.. farah mntk 10 belom tntu 1 bole dpt.."

Kak fiza hanya tersenyum kerana faham akan maksud dan keadaanku.. Tingkah laku abang udin(adik kak fiza) padaku pada waktu itu agak aneh.. Dia bersifat lebih pendiam terhadapku.. Sebelum ini dia banyak berborak dengankku dan juga bergurau senda.. Tapi kali ini agak berbeza.. Abang yus juga sependapat denganku.. Menurut abang yus sebelum abang udin dapat memenangi hati kak kila(awek abang udin).. Abang udin selalu habiskan masa bersama dengan kawan-kawan abang yus yakni dalam kalangan sepupu aku juga.. Tak kesah lah.. Janji dia bahagia.. hehe..

Raya ketujuh,
kira-kira jam 1 pagi.. Kami bergerak ke Larkin (rumah ibu nah).. Ayah berpesan bahawa ayah ingin pulang awal kerana sebelum kami bergerak ke KL kami akan singgah ke rumah mama dahulu untuk mengambil abang sharil(anak mama no 3 & sepupu aku).. Sekarang abang Sharil sedang praktikal di Keramat..

Mengikut cadangan asalku, aku ingin beraya di rumah kawan-kawanku yang ada di Larkin.. Sudah sekian lama aku tidak bertemu dengan mereka.. Awal-awal pagi lagi aku sudah bersiap.. Aku menanti dengan penuh kesabaran.. Semasa aku sedang mengemas barang-barang ke dalam kereta, along(anak sulung mama) sampai.. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat bahagian pintu keretanya kemik teruk..

Tanpa diduga, kak nurul pun ada sekali bersama-sama dengan along.. Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga aku bertemu dengan kak nurul semula.. Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata ayah ibu, jika kita jujur dan ikhlas ingin lakukan sesuatu yang tidak melanggar hukum nescaya kita akan dapat benda itu walau dihalang bagaimana sekali pun..

Aku bersembang dengan kaka nurul seperti biasa.. Sungguh seronok.. Kak nurul menyatakan pada ku bahawa kemalangan itu berlaku di Singapura semasa hendak melawat atuk saudara kesayangan aku di sana..

Kemudian, ayah mengajak ayah bob untuk pergi beli otak-otak.. Ayah kata "nak gerak pagi".. Ayah punya perkataan "pagi" itu membawa ke tengah hari dan sampai ke petang.. Aku tidak mampu untuk berkata apa-apa.. Hanya mampu menggeleng kepala sahaja..

Tiba di Batu Pahat, kami tidak terus ke rumah mama.. Kami singgah rumah nenek(mak ayah) dahulu.. Seperti biasa, di rumah nenek aku seperti "Cinderella".. Segala urusan rumah aku yang uruskan.. Aku tak kesah.. Aku lagi suka.. Sebab aku lihat masing-masing bahagia dan pada waktu seperti itu aku lebih gemar untuk menyendiri..

Lepas isyak, kami pergi makan malam di Jeng Kuan.. Walaupun restoran itu merupakan restoran cina, tetapi makanannya adalah halal.. Tukang masaknya pun melayu.. Makanan kegemaran aku di sana adalah kue tiaw hailam dan sirap laici.. Sedaaappp...

Lebih kurang jam 10 malam barulah kami bergerak ke rumah mama.. Aku tidak pasti aku bergerak daripada rumah mama ke KL daripada pukul berapa.. Tapi yang pasti aku sampai di rumah pada jam 2 pagi..

Raya kelapan,
kalau mahu diikutkan hari ini sudah mula kelas.. Tapi kelas aku bermula jam 10.30 pagi.. Ibu yang menghantar aku ke asrama.. Kami bergerak daripada rumah kira-kira jam 8.30 pagi.. Jalan sungguh sesak pada pagi itu.. Kami tiba di asrama jam 10.15 pagi.. Ikut pada niatku ingin sahaja aku ponteng.. Tetapi memandangkan aku teringat akan pesan seseorang yang bermakna dalam hidupku aku batalkan sahaja niatku itu.. Tanpa buang masa, dalam keadaan yang sempoi aku terus bergerak ke kelas..

Itulah serba sedikit kisah aku semasa cuti raya pada tahun ini.. Kepada yang membaca blog ini, aku rasa masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Assalamualaikum.. Daaaaaaaaa...........